Followers

Friday, July 9, 2021

 


                 Tenaga pengajar 

Tenaga Pengajar Prauniversiti SMKSAS  merupakan guru AkademikTingkatan6 yang telah dilantik dan berpengalaman. Sek.Keb.Men. Ahmad Shah merupakan Mod 2 ditadbir oleh pengetua arus perdana dan penolong kanan tingkatan enam. Tenaga pengajar tingkatan6 terdiri daripada 4 orang guru lelaki dan 14 orang guru perempuan. Seramai4 orang tenaga pengajar bagi aliran sains dan14 orang bagi aliran sains sosial.

   Pentadbir tingkatan 6 SAS 


EN. ZAKARIA BIN ABDULLAH
PENGETUA SMKSAS

PN.ROHANA BT IBRAHIM
GPK TINGKATAN 6
(kimia)











Wednesday, July 7, 2021


Mata Pelajaran yang Ditawarkan dan Buku Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM

900  Pengajian Am
910  Bahasa Melayu
911  Bahasa Cina
912  Bahasa Tamil
940  Sejarah
944  Ekonomi
946  Pengajian Perniagaan
954  Mathematics T
960  Physics 
962  Chemistry
964  Biology 
970  Seni Visual







Semakan Tawaran Keputusan Tingkatan 6 Tahun 2021 Secara Online Dan SMS

Setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka perkhidmatan (sistem) dalam talian (online) bagi Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan pelajar ke Tingkatan Enam sesi kemasukan tahun terkini.

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan semakan keputusan tingkatan 6 tahun 2021 adalah pelajar yang mempunyai kelulusan SPM tahun 2020 atau pelajar yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.



Tidak Perlu Membuat Permohonan Untuk Ke Tingkatan 6

Sebagai info, bagi kemasukan ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar- pelajar tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan secara online ataupun manual. 

Pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 6 akan ditawarkan secara automatik. Sehubungan dengan itu, untuk mengetahui samada layak ke Tingkatan 6, pelajar lepasan SPM hanya perlu membuat semakan tawaran melalui sistem aplikasi yang akan dibuka oleh KPM.

Berminat Dengan Tawaran Tingkatan 6

Sekiranya anda berjaya ditawarkan dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, anda boleh mendapatkan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi tujuan pendaftaran masuk dengan mencetak surat tawaran berkenaan menerusi sistem aplikasi semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 yang sama.

Semakan Tawaran Keputusan Tingkatan 6 2021 Online Dan SMS

Tarikh yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) sepertimana perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 2021

Semakan keputusan dan cetakan tawaran (calon berjaya) bagi kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2021 boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi sistem aplikasi semakan Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan yang disertakan seperti di bawah. Sila klik judul pautan (link) berkenaan.

Pautan (link) Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran Tingkatan 6

Nota: Sebagai makluman, sistem aplikasi semakan keputusan dan cetakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2021 secara dalam talian (online) hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maklumat lanjut seperti Syarat Kemasukan, Soalan Lazim serta panduan yang berkaitan boleh didapati di halaman web sistem yang sama.


Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2021 Secara SMS

1. Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 68886 

2. Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 68886